Resipi Sate Ikan aka Lokcing
Resipi Sate Ikan aka Lokcing
Atas permintaan kawan2 mahu resepi SATEY IKAN aka LOKCING sazah Aishah. 👍 sini kita kongsikan.inshaAllah
🌹LOKCING 🐟
Bahan-bahan :
- 1kg ikan ( selayang atau kembung)#
- 300gram tepung ubi *
- 300gram tepung kanji *
- 1 biji bawang besar #
- 1 sudu besar garam *
- 1 sudu kecil cukup rasa *
- 1 sudu kecil baking powder *
- 1 sudu kecil soda bikarbonat. *
- air agak2 untuk blander ikan+bwg besar.
~bahan bertanda # blander dengan air sampai lumat.
Cara-caranya :
- Ikan siang buang kepala dan ekor.potong kecik2,dua atau tiga kerat dan blander bersama dengan bawang besar dan air.blander pastikan lumat untuk hancurkan tulang. Kalu rajin boleh buangkan dulu tulang2 kasar. Kalau macam saya terus je blander lumat.sampai hancur semua tulang selepas blander.
- Campurkan semua bahan bertanda * dan kacau sampai sebati.pastikan adunan dia macam kita nak buat cekodok atau Jemput-jemput aka Welkom2. 😜.
- Sementara tu, panaskan minyak yang banyak untuk kita terus goreng, bentukkan macam kita nak goreng cekodok tau, ambik dengan tangan elok kejadiannya nanti. Buat kecik2,kalau buat besar makan akn jadi besar laa lokcing tu nanti.Apabila dah rasa masak boleh angkat dan tos, dan cucuk dekat lidi.
🌷Resepi Kuah Sos Lokcing🐟
- Air+ tepung jagung
- Garam
- Gula
- Bawang putih bakar.
- cili padi ~ sekiranya nak kuah pedas.
- Pewarna merah
Caranya :
- Buat air tepung jagung, panaskan atas dapur. Masukkan gula garam, dan tumbuk bwg putih bakar. Biar sehingga masak dan mendidih.
- Sekiranya ingin rasa pedas boleh tambah cili padi dan nk bagi bau wangi boleh tambah daun ketumbar. Siapp. 👏
Selepas cucuk boleh bakar dan selamat mencuba.
Share is caring. Share banyak2 ye. Saya halalkan
Resepi ni.
Doakan Sazah lebih rajin memasak dan share resepi bersama kawan2.😍
Kalau kurang paham boleh pm tepi ye 😜
#LikeKomenDanShareYe😘
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3531752346839004&id=100000128207957

Tiada ulasan